Menyokong Bayarcash, payment gateway patuh shariah kami, dengan fungsi split payment. Saluran bayaran seperti FPX dan DuitNow QR, serta Direct Debit melalui e-Mandate.
Beri Salam ialah platform untuk mengurus sumbangan organisasi: kempen, borang derma, penderma, laporan dan marketing. Penderma membayar online melalui Bayarcash atau melalui pindahan bank manual.
Siapa yang sesuai menggunakan Beri Salam?
Madrasah tahfiz, sekolah agama, NGO dan persatuan. Juga agensi marketing yang mengurus akaun beberapa klien (multi-tenant), dan HQ yang mempunyai banyak cawangan.
Bagaimana Beri Salam berfungsi?
Organisasi anda mendaftar dan permohonan diluluskan. Anda menyambung akaun Bayarcash, kemudian membuat kempen, pakej dan borang derma. Anda berkongsi link borang, dan penderma membayar online. Beri Salam merekod setiap sumbangan dan penderma, dan anda menyemak laporan.
Apakah cara bayaran yang penderma boleh guna?
Bayaran online melalui Bayarcash, contohnya FPX dan DuitNow QR, mengikut saluran dalam akaun Bayarcash anda. Borang juga boleh menerima pindahan bank manual, sumbangan berulang, dan Direct Debit melalui e-Mandate. Jika menu Direct Debit tidak dipaparkan dalam console, hubungi team Beri Salam.
Adakah Beri Salam menggunakan payment gateway patuh Shariah?
Ya. Beri Salam menerima bayaran online melalui Bayarcash, payment gateway patuh Shariah, dengan fungsi split payment. Anda boleh menyambung lebih daripada satu akaun Bayarcash.
Adakah penderma menerima resit, termasuk resit pengecualian cukai LHDN?
Ya. Resit dibuat secara automatik dan dihantar kepada penderma. Penderma juga boleh memuat turun resit PDF daripada akaun penderma. Organisasi yang berdaftar dengan LHDN boleh memberikan resit pengecualian cukai.
Bagaimana organisasi saya mendaftar?
Isi borang pendaftaran di console.berisalam.com/register. Sediakan salinan sijil SSM atau ROS, dan salinan kad pengenalan orang yang diberi kuasa. Team Beri Salam menyemak permohonan anda (KYC). Selepas kelulusan, admin menerima e-mel dengan maklumat log masuk.
Berapakah harga Beri Salam?
Beri Salam percuma. Anda hanya membayar caj transaksi Bayarcash bagi setiap sumbangan yang berjaya. Kadar caj bergantung pada saluran bayaran, contohnya FPX atau DuitNow QR. Untuk mengira caj dan jumlah yang anda terima, guna Kalkulator Payout Bayarcash.